Selasa, 22 Mei 2012

فترة الأمتحانات

السلام عليكم
Maaf pada semua geng2.Takdan lalu nak menulis semenjak dua menjak ni.Minggu peperiksaan telah bermula.dDiharapkan pasa semua geng agar dah siap cetak keluar soalan2 yg telah dibekalkan.semalam saya telah berjaya menolong seorang geng yg tak dapat cetak keluar soalan,katanya payah nak daunlot.Takpelah, kebetulan ada ruang dan masa serta tenaga dapatlah ditolong.hari ni hari orang,esok mana tau hari kita pulak.Eh, hari ni hari selasa, esok hari rabu. Ramai Sahabat yg akan ke majlis makan tghri bersama MB hari ini gamaknya.Geng2 syarqil awsot semua dipanggil.Yang macam ana dalam negeri tak dipanggil la.Makan kedai Najwa ajelah.Kertas 2 takde masalah, kertas 1 macamana?

Selasa, 8 Mei 2012

j-QAF DI SEKOLAH MENENGAH DITANGGUHKAN


Pelaksanaan pengajaran j-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain) di sekolah menengah di seluruh negara yang dijadual bermula pertengahan tahun ini, akan ditangguhkan kerana masalah kekurangan guru, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, penangguhan dibuat memandangkan terdapat kekurangan kira-kira 11,000 guru j-QAF di sekolah kebangsaan yang sekaligus menghalang pengajarannya diteruskan ke peringkat sekolah menengah.

"Kita perlu menyelesaikan dahulu kekurangan guru j-QAF di sekolah kebangsaan yang menjadi keperluan mendesak ketika ini. Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan jumlah guru itu dan ia akan dibincangkan pada mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pelajaran minggu depan bagi mendapatkan penyelesaian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung dan penyampaian anugerah pelajar cemerlang Sekolah Agama Kampung Sungai Suloh, Senggarang, di sini, hari ini.

Mohd Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, antara cadangan kementerian bagi meningkatkan jumlah guru j-QAF adalah dengan melatih lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai latar belakang pendidikan agama di Institut Pendidikan Guru (IPG) sebelum diserapkan menjadi guru.

Beliau berkata, kerajaan ada mengambil guru lepasan ijazah dari Timur Tengah untuk berkhidmat sebagai guru j-QAF di negara ini, namun, jumlah itu belum memadai bagi menampung keperluan ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Disember lalu mengumumkan program perintis j-QAF di sekolah menengah akan dilaksanakan mulai pertengahan tahun ini dan pelaksanaan sepenuhnya pada 2013 di sekolah menengah seluruh negara.

Selasa, 21 Februari 2012

ANALISA EVIDENS DSP TAHUN 2 BAHASA ARAB

Analisa Evidens dalam Dokumen Standard Prestasi Bahasa Arab Tahun 2 :

Kemahiran Mendengar dan Bertutur (DL) : 14

Kemahiran Membaca (DB) : 14

Kemahiran Menulis (DT): 9

Jumlah keseluruhan Evidens : 37 

Instrumens yang dibina mesti boleh ditaksir, boleh ditadbir, boleh diukur.

Ahad, 19 Februari 2012

ANALISA EVIDENS DSP TAHUN 1 BAHASA ARAB

Analisa Evidens Dokumen Standard Prestasi Tahun Satu Bahasa Arab 

Kemahiran Lisan (Mendengar + Bertutur) = 15 Evidens

Kemahiran Membaca = 13 evidens

Kemahiran Menulis = 10 evidens.

Jumlah Keseluruhan Evidens adalah 38. 


Pemilihan dan pembinaan instrumen(soalan/bahan) adalah fleksible. Guru harus kreatif dalam memilih tugasan dan boleh menggunakan pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk menguji penguasaan / pencapaian murid bagi sesuatu domain. Guru boleh menggunakan buku teks, buku latihan aktiviti, buku tulis, modul transisi, soalan PKSR, persembahan, lakonan, nasyid, check list, pemerhatian, soal-jawab, kad ucapan dan sebagainya. Yang penting evidens itu bercirikan autentik,sah,kecukupan,semasa dan tekal.

Khamis, 16 Februari 2012

السلام عليكم ورحمة الله
Tinggal 1 hari lagi untuk geng-geng hantar laporan transisi ke BPK.Jangan lupa.Ingatkan kepada kawan-kawan.